6.4.14

Gaduh (Fiction)


  "Weh ada budak gaduh!!" ujar Meera sehabis dia menarik nafas kepenatan.

  Aduh, time homework Physics sedang dijamah oleh jari-jemari aku ni baruuuuulah nak ada kes. Letih betul. Aku ni pun satu, semalam dok layan My Love From The Star (marathon) tak ingat dunia. Well... No regrets. Just love... Jinja? Nehi! Nyesei nyesei. Ah biarlah... Asalkan takda siapa tahu aku, Mamat Si Hati Batu ni layan drama Korea, tiada istilah 'penyesalan' dalam diri.

  "Jom usha!" Nelli menjerit. Aduh, kalau dah sampai Nelli yang jerit, memang pecah eardrums aku. Ingat eardrums aku ni boleh beli satu set sesuka hati kat kedai muzik Yamaha ke?

  "Jom tengok" kata Amir. Amir ni... taktahan betul. He's a softy. Tapi jangan risau, masih straight. Siap bini idaman dia kena persis bak Nora Danish lagi. Tak tahan betui
  
  Nak tengok ke tak eh. Kang kalau tak tengok, rugi. Tapi kalau tengok, dikatanya aku ni busy-body la, anjing sekolah la, penyakai la, (dan nama-nama gelaran lain yang korang pun boleh namakan). Ah, persetankan itu semua. Mari kita tengok siapa yang tengah gaduh. Lagipun, bila kita ni pengawas, kuat la sikit alasan nak pi tengok orang bergaduh. Bukan apa, penegak keadilan la katakan~ 

  Aku menutup buku latihan Physics dengan gaya penuh dramatis. Boleh kata tendency aku nak jadi pelakon memang power la. Kah kah

  Woh, ni seronok ni, semua orang keluar kelas tengok apa jadi kat ground. Well at least, kalau siapa keluar join free-show kena denda, takdalah diorang keseorangan, at least ada lah teman. Ye dok? Meh. Ini semua ilmu dari darjah satu. Ramai-ramai kena denda tak siap homework. Eleh tu pun kena explain ke? Ke-duhh *rolling eyes*

  Ah, nak lagi tambah gempak, pergi ground terus la. Aku ni tak suka betul nak kena menyelit celah ketiak orang. Nak tengok, biar tengok betul betul. Ibarat VVIP gitu bila tengok orang gaduh depan depan. Aku terdengar bunyi perempuan sesama perempuan tengah memekik. 

  "Yang kau nak kacau dia apahal?!"
  "Dia yang kacau aku dulu la sial!!!"
  "Kau jangan nak menipu la betina!!"

  Cis... Ni dah kes parah ni. Aku memang cukup pantang kalau orang mencarut. Aku tak boleh tahan. Aku pergi ke bawah dengan Amir. Lari ah. Mana layan jalan terkedek-kedek ni. Fuyooo, Amir lari macam lelaki tulen la pulak. First time aku tengok. Patutlah lembut-lembut pun orang kata dia sexy. Hailah, perempuannn perempuan. Susah betul aku nak faham apa maksud 'Hensem', 'Sexy', 'Menarik hati' korang tu.

  "Putra cepat la!" jerit Amir kepadaku. Sabar la.... Hm, Memang selama ni aku dah men-underestimate-kan kejantanan dia. Agak menyesal

  Sampai sahaja di tingkat bawah, aku menyandarkan tubuhku di tiang. Sambil memeluk bahu dan menyilangkan kakiku aku terfikir, hm, kalau aku pakai spect mata Ray Ban mesti dah macam Tom Cruise. Cool gak. 'Cepat la sambung... Cepat la sambung... Hangpa dok tunggu apa lagi' hatiku mengomel

  "Dia tu balak aku lah!!" la tokeh balak rupanya minah ni. Baru gue tahu
  "He said that he's single!" hmmm. Tettt
  "No!! He isn't. He's mine!!" hmmmmmmmmmmmm. TETTTT

  Hek eleh. Ceritanya pasal gaduh berebut lelaki. Entah pasal siapa lah. Cubalah korang bukak mata luas-luas, dan pandanglah... Aku. Ok apa. Ok la kot. Kot la. Haih nak buat apa ya sekarang. Baru start gaduh 5minit. Awal lagi nak dileraikan. Malas lah. Masuk minit ke-10, bila diorang dah main tolak-tolak bahu, baru niiiiiiiiiii diiiiiiiiiiia, Abang Putra tolong leraikan ya

  Tengah diorang ulang skrip tu untuk sekalian kalinya, (heh ni lah ni, director tak bagi skrip nak dihafal awal awal eh?) sekali ada lelaki lari pergi kat depan diorang. Woh, ini lagi berani dari aku ni. Ini mencabar kejantanan aku! 

  "Korang ni kenapa?!!" kata lelaki tersebut
  "Dia ni hah you, dia nak ngorat you apasal?! Youre my boyfriend, kan" kata Minah A
  "What did you told me the other day?! That youre single and things!" sambung Minah B

 Woh, terrer mamat ni. Kena mintak petua nak pasang ramai kat dia ni. Eh takpa takpa, aku ni setia orangnya. Tapi setia-setia pun awek sorang takda. Agak sedih, tapi takpa, aku mana main awek-awek ni. Awek ni bagi aku orang yang replaceable, recycleable, mana mungkin aku akan buat perempuan yang aku sayang cenggitu sekali. Ah sudah. Sekali berpuitis, hah hambek kau.

  "Lina, we're over!! There's no more 'us', okay!!" 
  "And... You! Siti! I was just bored the other day. and now I. Am. Not!" 

 WOUHHHHHH though it's rude, i gotta admit that this man ruled!! Semua orang yang jadi penonton semua berteriak menyokong si... Entah siapa tah nama dia. Tapi aku tahu nama kat Facebook dia 'Are-Man Jambu'. Yucks, jijik

  "Korang ni pun satu. Nak gaduh pasal aku kenapa?! Tak reti nak malu kat orang? Korang ingat kalau korang gaduh sekalipun aku nak take one of you as my wife? Heh. Dream on!" kata Are-Man Jambu dengan sinis

  WOOOOOOOOOOOOAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAH. Aku tak tahu siapa yang lagi memalukan, perempuan-perempuan tu sebab berebutkan dia ke, Are-Man Jambu sebab nama dia kat Facebook cenggitu. Muahahahahaha

  Tiba-tiba....

_____________________________________________________________________________


  Hi, Assalammualaikum. Sorry for the late 'salam' 'salam' thingy. So, girls, got the point? :) Probably you wont like me from now on for making girls look so dumb. But hey... It happens right? But not in my case la. This is just a FICTION. Nama-nama ni pun entah main tibai. Hahah. Benda ni boleh buat pengajaran kat lelaki jugak yang tengah berebutkan perempuan. 

  Lagi sekali, cerita ni adalah cerita rekaan semata. Tak pernah berlaku di hadapan mahupun belakang mahupun di sisi saya. 


   Bye, Assalammualaikum :-)


  
  

No comments:

Post a Comment