20.12.13

So-Called-Azam

  Hai Assalammualaikum guyz and galz, how are you? Eh soalan ni dah mainstream, jadi mari saya tanya soalan rare, berat naik berapa kg?

   Sebelum tulis benda yang berkaitan dengan tajuk besar mari saya ceritakan bahawasanya saya sedang menulis sambil mendengar lagu Sitting, Waiting, Wishing by Jack Johnson. Saya suka lelaki yang suara dia macam acah acah Jason Mraz dan Jack Johnson (ambik nota please)

  Haruslah melengah-melengahkan waktu sikit bila update blog ni, ya la, cuba kalau makan, mana boleh makan terus. Haruslah kita doa, ambik bau dulu, buat eye-contact dengan makanan dalam pinggan sehingga perut kita mengaku kalah



   Ni dah nak masuk masuk tahun baru ni, so... Soalan mainstream, dah tercapai belum hajat hajat engkorang tu? Eh jap kalau rasa post ni berpotensi untuk menyakiti hati engkorang, jangan baca la... Aku taknak menambah duka dan lara, beban di hati. Sudah cukup cukup sudah cukup sampai di sini saja

  Masa awal tahun, macam biasa semua orang akan tanya "Apa azam tahun ni?" dan kita akan cakap apa yang kita rasa on the spot, luahkan on the spot, dan tinggalkan azam di situ on the spot (Paling lama azam bertahan adalah dalam jangka masa 7bulan) (tak tak, benda tu tak sahih) (saja reka) (jangan persoalkan)

  Kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku tengok kat diri aku lah kan, (ya aku memang suka buat ujikaji ke atas diri sendiri ni) aku akan cakap azam-azam aku yang kedengaran ambitious dan berlambak tu sebab aku taknak la orang nampak aku ni macam orang yang bermatlamat on very few things je. Kalau ikutkan azam aku ada 2je setiap tahun

  • Wajib: 1)Jadikan tahun ini bermakna 2)Menjadi orang yang lebih baik dari pelbagai sudut
 Tapi bila aku dengar kawan kawan aku cerita "....azam aku tahun ni nak perut hilang.." Hilang macam mana? hah tu aku belum kaji lagi. Hahaha, "...azam aku tahun ni nak kumpul duit..." hah ni aku seronok, "...azam aku tahun ni nak hafal sifir 12..." erm apa salahnya, lagipun memang bagus ada niat ni. Aku pun terus macam "Takkan la ada 2 je azam aku...... Tak boleh jadi ni......"

  • Tiba tiba jadi: 1)Jadikan tahun ini bermakna 2)Menjadi orang yang lebih baik dari pelbagai sudut 3)Learn how to speak Spanish 4)Siapkan semua homework 5)Turun berat badan 6)Senyum ketika berjalan di public 7)Kurangkan berangan pasal Adi Putra 8)Junkfood makan masa weekends je
  Which... I find... it is hard... For me to reach... Homework? hahahaha ni lawak. Turun berat badan? Hahahahahahaha lagi la

  Eh but i speak the basics in Spanish. hehehe at least. Aku kira ni ok lagi la daripada azam aku masa aku muda sedikit, "...azam tahun ni nak cari Mr.Right" HAHAHAHA. Oi kita semua ada phase bangang kita yang tersendiri. Cuma bezanya, antara kita berusaha untuk achieve benda benda macam tu atau tidak. 


  Apapapun, kalau anda semua masih ada azam yang nak dikotakan, sempat lagi rasanya. Contoh, kau berazam nak mintak signature aku, sempat lagi ni sebenarnya... Hm

  Kita ni memang kena bermatlamat, baru hidup rasa sesuatu. Hidup tak bermatlamat ni boleh jadikan kita ni jasad yang berhati kosong sahaja tahu? 


Jadi, apa tunggu lagi? 


  Fighting!!

_________________________________________________________________________________


Terima kasih kerana membaca, bye Assalammualaikum :-)




No comments:

Post a Comment