3.4.15

Misi Mencari Mami Jarum


    "Murid-murid faham?" kata Puan Devi selepas menerangkan hukum-hukum fizik yang aku kira lebih sukar untuk difahami berbanding hukum Karma. kami sekelas menganggukkan kepala menandakan kami faham dengan penerangan beliau.

     Aku melihat persekitaranku, ada yang menguap ada yang memandang Puan Devi seolah-olah meminta simpati, ada yang ke hadapan kelas untuk meminta penjelasan secara bersendirian dan ada pula yang berborak dengan rakan-rakan.

   'Alangkah indahnya hidup jikat otakku boleh mengimbas dan menghafaz nota-nota ini dengan sekelip mata' aku bermonolog sambil bermain-main dengan pensel mengguanakan tangan kiri dan memegang nota dengan tangan kanan.

   "Kringggg" bunyi loceng sekolah 'berkumandang' menandakan sesi persekolahan pada hari itu telah pun tamat.

   "Alhamdulillah!" kata Kucai dengan lantang. Entah mengapa nama panggilannya nmenjadi Kucai  sedangkan nama betulnya adalah Muhammad Khairul Danish yang padaku agak unik dan sedap didengari. Setelah Kucai berkata sedemikian, rakan-rakan kelasku tergelak tidak terkecuali aku dan Puan Devi. Nasib sahaja Puan Devi tidak terasa dengan sikap kami.
\
    Setelah dua puluh minit menunggu kakakku untuk menjemputku di hentian bas, aku ternampak sebuah kereta keluaran Malaysia, Saga berwarna putih memarkirkan keretanya berhampiran dengan sekolah. Aku mengeluh kelegaan kerana kakakku telah tiba.

    "Kalau ada orang menawarkan gula-gula jangan ambil ya, Fatin" kataku kepada rakan baikku, Fatin Danielle sambil melambaikan tanganku. Dia tergelak sinis.

     ______________________________________________________________________

    Aku membuat kerja rumah yang diberi oleh guru-guru dengan penuh keazaman. Bukan apa, aku ini memang terkenal dengan sikapku yang sering merungut untuk membuat kerja rumah, tetapitidak pernah pula aku merungut untuk membazirka waktuku untuk melayari internet.

     "Bilakah agaknya Menteri Pelajaran akan membenarkan murid-murid untuk membuat kerja rumah melalui komputer?" soalku dengan menggunakan nada yang perlahan. Walaubagaimanapun, aku tahu akan impak-impak buruk yang bakal 'tercipta' jika sistem tersebut dijalankan.

     "Bip bip" telefonku berdering. Oh, ada pesanan ringkas daripada Adilla.
    
     'Assalammualaikum  Shaheen. Esok ada benda yang perlu kita bincangkan'
     'Ok Adilla, asal bukan tentang cinta, aku sentiasa ok. Assalammualaikum' aku membalas dengan malas.

    Aku termenung memikirkan apakah benda yang ingin dibincangkan. Mungkin tentang salahlaku pelajar, atau salahlaku... Aku?

___________________________________________________________________________

    Setelah menunaikan kewajiban sebagai seorang Muslim, aku bergegas memakai uniform pengawas. Ya, uniform yang diidam-idamkan oleh murid biasa di sekolah. Aku membetulkan 'blazer' hitamku. Memang segak, tetapi semua orang perlu mengerti bahawa apabila kita mengenakan uniform pengawas di sekolah, kita sudahpun memikul sebuah tanggungjawab untuk menjaga sekolah.

    Di mata guru-guru, pengawas adalah pembantu guru, tetapi di mata sesetengah murid, kami hanyalah Si Penyibuk yang sentiasa mengadu salahlaku disiplin murid-murid. Aku percaya bahawa hidup di dunia memerlukan keadilan dan disiplin. Perbuatan kami adalah satu langkah awal untuk mencegah kezaliman dunia.

    Setibanya aku di sekolah, aku mempercepatkan langkahku ke Dewan Kecil. Rutin harian pengawas-pengawas Sekolah Menengah Indah adalah menghadirkan diri ke perjumpaan di bawah pantauan Puan Azlynn. Aku melihat jam, baru pukul 7.02 pagi, patutlah tidak ramai orang. Aku ternampak Adilla, aku berjalan menuju ke arahnya.

   "Hah Adillah, Lekas la beritahu" kataku.
    
    Aku tidak tahu mengapa, tetapi jika terdapat salahlaku disiplin antara pelajar, pasti orang yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah tersebut adalah aku dan Kucai. Aku kira kami memegang jawatan yang tidak pernah wujud iaitu Biro-Biro Mengatasi Masalah Jenayah.

    "Shaheen, aku terdengar cerita terdapat salahlaku disiplin," kata Adilla.
    
      'Tepat sangkaanku' bisik hatiku

    "Tetapi kes ini agak berbeza jika dibandingkan dengan kes-kes yang lain" sambungnya.

     Aku membesarkan mata tanda ingin tahu dengan lebih terperinci.

     "Terdapat seorang murid yang tidak dikenali menyalahgunakan laman web Blogger sebagai tempat untuk dia mengutuk guru-guru dan murid-murid sekolah ini", katanya dengan cemas.

    "Aku harap dia tak kutuk aku", aku bergurau walaupun otakku sedang ligat siapa dan apa yang dia telah tulis di dalam blognya. 

    Aku ternampak Kucai dan memanggil nama komersialnya, "Kucai!", aku terpaksa menggunakan nada yang tinggi kerana sama ada dia sedang fokus membaca buku rujukan Kimia,,, atau sedang menghiraukan aku, aku pun tidak pasti.

    "Muhammad Khairul Danish bin Muhammad Khalid!", sekali lagi aku memanggil dia tetapi kini dengan nama asalnya siap ber-bin pula. Dia memberi respon dengan memandanhgku sambil membesarkan matanya. Lalu, dia datang ke arah kami.

    "Maaf tak dengar, aku tengah sibuk membaca novel cinta" katanya sambil menunjukkan buku Kimianya. Aku tergelak kecil.

    "Adilla, ulang balik apa yang kau kata kepada aku tadi" aku memberi arahan kepada Adilla sambil memandang sekelilingku, 'Eh sudah jam 7.09 pagi ni, takkan baru 5orang sahaja yang menghadirkan diri ke perjumpaan pengawas'

     "Wow...wow. Another crime?" soal Kucai sambil memandangku.

     "Jadi, Ketua Polis Negara, any fast solution?" soalku kepada Kucai.

     "Tiada solusi yang pantas dan mujarab tetapi aku rasa elok kita bertiga berjumpa dengan Puan Azlynn selepas perjumpaan ini" katanya sambil bercekak pinggang. Memang ada ciri-ciri pemimpin. Seiring dengan jawatannya, pengerus di dalam Kelab Pencegahan Jenayah

     Taklimat antara  pengawas-pengawas telahpun tamat pada jam 7.25pagi dan seperti biasa, beberapa orang pengawas telah pergi menjalankan tanggungjawab mereka iaitu mengambil nama murid-murid yang datang lewat dan sesetengah lagi memastikan semua murid berada di dalam kelas.

    Kami bertiga pergi berjumpa Puan Azlynn di dalam biliknya untuk menerangkan untuk menerangkan apa yang sedang berlaku. Kucai mengetuai perjalanan kami dan aku berasa bahawa kami seolah-olah spy yang sedang menjalankan misi kami. Aku memang meminati cerita-cerita yang mengandungi unsur-unsur perisikan. Jadi, aku sentiasa menikmati tugasku sebagai seorang pengawas sekolah.

   "Cikgu, kami ada laporan yang hendak dibuat" kata Kucai

    "Kucai, kot ye pun bagi salam dulu, jangan main terjah, Kucai" kata Adilla. Aku tersengih mendengar tegurannya.

     "Hehe, maaf cikgu" kata Kucai  sambil tersipu-sipu malu dengan sikapnya.

     "Assalammualaikum cikgu,  kami ada laporan yang hendak dilaporkan" kata Kucai dengan nada lebih serius.

    "Ok, please be seated. Jadi apa laporannya?" soal Puan Azlynn.

    Adilla menerangkan Puan Azlynn khabar angin yang didengarinya. Soalan berbalas jawaban antara Puan Azlynn dan Adilla selama lima belas minit. Aku dan Kucai mendengar sahaja dengan khusyuk. Punca perbuatan ini tidak jelas, jadi aku membuat konklusi  sendiri bahawa orang yang mebuat blog semata-mata untuk mengutuk warga sekolah ini memang mempunyai tekanan perasaan yang hebat sehinggakan sanggup mengambil langkah yang kurang bijak.

     "Masalah ini memang serius, Saya akan pantau masalah ini but, Kucai, Adilla and Shaheen, please help me to find the person yang sedang menyorok disebalik blog ini" kata Puan Azlynn setelah dua puluh lima minity berbincang dengan kami ini.

    "Sure" balasku sambil tersenyum.
___________________________________________________________________________

    
    
 

No comments:

Post a Comment