11.4.15

Misi Mencari Mami Jarum (sambungan)

      "Burnt satu masa nak belajar Matematik Tambahan" kata Kucai dengan nada sedih.

      "Kau tu kalau tak masuk seratus kelas pun confirm dapat 9A+, Kucai" kataku disambut dengan tawaan Adilla.

       Kami bertiga merupakan rakan sekelas, jadi tidak susah untuk kami berhubung. Baru sahaja kakiku hendak menapak di kelas 5 Sains Tulen, aku terlihat Cikgu Norsakinah telahpun menutup zip bekas pensilnya, menandakan dia sudahpun hendak ke kelas yang seterusnya. Aku senyum kepada beliau dan menerangkan mengapa kami tidak berada di dalam kelas seperti rakan-rakan yang lain. Tetapi peneranganku tidak begitu teliti, aku hanya memberitahu bahawa kami mempunyai urusan dengan Puan Azlynn.

     Sebaik sahaja aku melabuhkan punggungku ke kerusi, rakan-rakan bertanya kepadaku apakah urusan kami sebentar tadi. Ada juga rakan-rakan yang memandang kami seolah-olah kami telah merompak kedai emas.

   "Ada la" kataku sambil mengangkat kedu-dua keningku dan tersenyum sinis. Begitu juga respon Adilla dan Kucai terhadap persoalan-persoalan mereka.

    Kami merahsiakan misi kami daripada pengetahuan semua rakan. Bukan tidak mahu menerima pertolongan orang lain, tetapi selepas mempertimbangkan baik dan buruk, kami rasa lebih elok kes ini kami bertiga selesaikan. Lagipun, tiga orang sudah memadai untuk 'melawan' seorang penjenayah licik di sekolah ini.

    ______________________________________________________________________

    Adilla telah mencetak halaman-halaman blog tersebut. Aku membaca dengan penuh minat. Kadang kala apa yang diperkatakan olehnya tentang sesetengah pihak memang betul, tetapi perbuatan ini tetap menyalahi undang-undang. Dia sudah mencemarkan nama sekolah, dan memalukan dirinya sendiri.
  
    '....Fatin Danielle tu suka upload gambarnya di Instagram... Macam la cun sangat...' 

    Aku tergelak besar dengan pernyataan tersebut. Memang Fatin merupakan gadis yang cantik. Tetapi aku tidak tahu pula hal itu boleh menjadi bahan untuk mengisi ruang kosong di blognya.

    "... Lina tu konon nak pakai barang branded, tapi..."

    Aku ternganga membaca kesemua ayat-ayat yang ditulisnya. Oh, ya, kami telahpun menamakan si pemilik blog dengan nama panggilan hanya kami yang tahu, iaitu, Mami Jarum.  Tahu sajalah perangai Mami Jarum di dalam cerita yang berjudul dengan namanya sendiri, Mami Jarum,ini. Ada sahaja yang tidak kena dengan masyarakat sekeliling, semua hendak dihebohkan. Walaupun watak Mami Jarum merupakan seorang wanita, kami masih tidak pasti sama ada si pemilik blog itu merupakan seorang perempuan ataupun lelaki.

   Dengan hal yang demikian, kami telahpun menamakan misi ini sebagai Misi Mencari Mami Jarum, Kucai merupakan ketua risikan, aku penolong, dan Adilla bertugas untuk mengumpulkan maklumat-maklumat di Internet.

    Kami berkumpul di dalam Bilik Pengawas dan sedang aku membelek-belek tudung di hadapan cermin, aku terdengar Adilla dan Kucai tergelak terbahak-bahak.  Aku mendekati diriku kepada mereka kerana ingin tahu tentang apa yang ditertawakan oleh mereka dan aku terlihat...

   "... Kucai tu hensem orangnya tapi sombong taknak layan saya :'("

    Dengan secara automatik aku tergelak besar. Dengan penulisannya, jelaslah kini bahawa Si Mami Jarum itu merupakan seorang gadis. Satu petunjuk yang sangat berguna dalam risikan kami in.

    Aku membaca satu per satu nama-nama murid perempuan yang sering mempunyai masalah dalam disiplin dengan tekun. Bukanlah niatku untuk mendiskriminasi murid-murid berisiko di dalam sekolah ini tetapi aku mempunyai firasat bahawa pemilik blog itu salah seorang daripada mereka.

    Sambil membaca nama-nama dan kesalahan-kesalahan mereka, aku berfikir akan keberangkalian dan matlamat mereka jika merekalah Mami Jarum tersebut. Kemudian aku teringat tentang sebuah episod cerita perisikan yang tidak asing lagi dengan masyarakat Malaysia, Law&Order di mana seorang yang telah dianiayai pihak polis. Boleh jadi bahawa pemilik blog ini merupakan seorang murid yang tidak mempunyai masalah disiplin, malah cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan aspek rohani.

   ".... Kan Shaheen?" soal Kucai sambil dia memandang skrin komputer ribanya. Dia memandangku lalu tersenyum.

   "Boleh jadi, boleh jadi" balasku walaupun sebenarnya aku tidak tahu apa yang ditanya sebentar tadi.

   "Sure?" soalnya lagi. Aku mengerutkan dahi sambil memandang Adilla.
 
    "Sure la" balasku sambil tersengih.

    "Ya Allah, Shaheen. Bawak mengucap, nak" kata Adilla sambil membuat muka terkejut yang lagi menambahkan kekeliruan. Sudah macam putus wayar pun ada otakku dibuatnya.

    'Aku harap soalannya itu tidak merepak. Kalau tidak... OMG!' bisik hatiku.

   "Kau mengakulah sebenarnya kau pemilik blog itu?" seloroh Kucai sambil tertawa.

    "I don't even have time to think about Akedami Fantasi ok, ini kan pula nak mengutuk orang di Blogger" balasku sambil membesarkan mamatu. Kami bertiga tertawa sehabis dialogku.

   'Ngee! Asyik nak mengenakan orang je. Nasib aku expert bab cover ni'




      _________________________________________________________________________


 

No comments:

Post a Comment