Pada hari ini, aku akan ke rumah Senah untuk mengulangkaji matapelajran Matematik Tambahan. Pada jam tiga petang, aku bergegas ke rumahnya. Nasib sahaja rumah kami tidak berjauhan, justeru aku hanya berjalan kaki ke rumahnya.
Senah merupakan rakanku sejak kami bersekolah lagi. Dia merupakan seorang yang bijak, baik hati, dan peka terhadap sekeliiling. Dia tidak pernah menyimpan dendam. JIka ada perselisihan faham dengan rakan-rakan pasti dia akan berbincang secara profesional. Maka, tidak hairanlah jika dia seorang yang sangat berpengaruh di sekolah. Namanya dan adik beradik juga bagiku agak klasik dan unik. Seman, Suri, Senah, dan Salmi.
Setelah aku berada betul-betul di hadapan pagarnya, aku menelefon Senah. Sudah menjadi tabiat para remaja untuk tidak menekan loceng rumah mereka, tetapi menelefon jika sudah sampai di rumah rakan mereka dan aku... Tidak terkecuali.
"Eh Shaheen, masuklah" kata Senah mempelawa untuk memasuki rumahnya.
Dengan langkah kanan, aku memasuki rumahnya. 'Bismillah...'
Aku mengikut sahaja pergerakannya sambil berborak dengannya. Dia ke hadapan cermin, aku juga ke hadapan cermin. Dia ke dapur, aku juga ke dapur. Aku boleh diibaratkan seperti lembu yang dicucuk hidung. Ah biarlah, memang ini kebiasaannya jika ke rumah orang.
"Jom pergi balcony" katanya lagi.
"Aku ingat kau nak buat Senah Le Tour tadi" kataku. Dia hanya tertawa sambil menggelengkan-gelengkan kepalanya. Setelah tiga puluh minit bertungkus lumus, memerah otak dan mencari ilham untuk menjawab soalan-soalan Matematik Tambahan yang ekstremnya sudah mencapai tahap luar petala, kami berehat. Senah mengambil laptopnya. Laju sungguh jarijemarinya bergerak.
"Kau tulis apa tu?' soalku.
"Tengah... update blog" laju dia memberikan respon.
Dia memberhentikan pergerakan jari-jemarinya dan memandangku dengan 'muka kosong'
"Aku tak tahu pula kau penggiat aktif Blogger' kataku saambil mengangkat kening.
"It's a fan site. I write about my beloved Justin Bieber" katanya dengan teruja.
'Apa-apa sahajalah Senah, asalkan kau tak menempah musibah' bisik hatiku. Selepas sepuluh minit berehat, kami kembali menjamah soalan-soalan yang dibiarkan sebentar tadi.
************************
Pada petang ini, penyiasat-penyiasat misi ini akan berkumpul untuk kesekian kalinya untuk meneruskan perjuangan kami mencari Mami Jarum. Selepas menunaikan solat zohor di Surau al-Hidayah di sekolah, aku duduk di kantin. Sambil menunggu ketibaan Kucai dan Adilla, aku membaca novel Theodore Boone; The Abduction karya John Grisham.
'Everyone is innocent until it is proven guilty'
Kata-kata ini sahaja sudah cukup untuk membuataku tidak menuduh sembarangan terhadap mana-mana pihak. Setelah berjumpa dengan mereka, kami bergegas ke bilik Puan Azlyn. Setelah tiba di bilik beliau, Kucai membelek buku Sejarah Tingkatan 5. Aku dan Adilla pula hanya berborak kosong.
"Apa kalian udah bersedia?" kata Kucai, bertutur dalam bahasa negara jiran; Indonesia.
"Ayoh temen-temen!" kata Adilla yang juga berbahasa Indonesia. 'Comel sungguh' bisikku sambil tersenyum.
"Ok, sekarang ni aku dah jumpa email pemilik blog ni. Nama emailnya adalah sj.b97@yahoo.com" kata Adilla.
"Aku assume pemilik blog ini namanya bermula dengan huruf S, boleh?" soal Adilla.
"Boleh juga" kata Kucai.
"Boleh sahaja Adilla, tapi jangan assume aku lah pula ya" kataku bersahaja.
Adilla dan Kucai tersengih. Aku tahu pasti mereka ingin mengenakan aku dengan apa sahaja peluang yang ada. Nasib sahaja aku sudah membuat 'benteng pertahanan' sebelum mereka sempat mengenakan aku.
"Ok, jadi kita masih ingin pantau murid-murid berisiko, atau kesemua murid dalam sekolah ini?"
"Murid-murid berisiko je kot. Jeuh la nak pantau kesemua murid" kata Kucai.
"Aku rasa... aku nak pantau kesemuya murid. Bukan apa, takut terlepas pandang pula" cadangku.
"Aku hendak minta pertolongan dari Mimi la. Dia kan 'famous blogger' di Malaysia. Pasti dia tahu serba sedikit siapa lagi yang memiliki web Blogger" sambungku.
No comments:
Post a Comment