Selang dua hari, Mimi telah memberi senarai-senarai murid yang mempunyai blog di sekolah ini. Wah, ramai rupanya murid yang mempunyai blog di sekolah ini. Kami bertiga masing-masing mempunyai salinan kertas yang diberi Mimi. Kami akan memeriksa blog-blog tersebut dengan mata kepala kami sendiri.
Lima belas blog harus kami lawati.... Aduh banyaknya. Tapi tak mengapalah, boleh jugak kita tengok kelebihan mereka dalam menulis.
*********************
Minggu ini merupakan minggu kokurikulum yang mana terdapat banyak aktiviti di luar kelas, termasuklah pertandingan mendeklamasikan sajak, mendendangkan lagu puisi dan membuat buku-buku skrap. Jadual pelajar-pelajar Tingkata 5 memang padat. Kami harus menguruskan pelbagai hal ehwal di sekolah berkenaan persembahan-persembahan dan memastikan disiplin-disiplin murid terkawal.
Aku, Senah dan Fatin telah menyertai pertandingan membuat buku skrap Biologi. Kami merupakan satu kumpulan. Nasib sahaja kelas Sains yang mengambil Biologi hanya tiga. Jadi peluang untuk menang tidaklah sukar. Aku dan Fatin pergi ke rumah Senah untuk mengumpul maklumat-maklumat tentang bab yang kami pilih; Cell Division.
"Mitosis and miosis, dua dua kita redah ke?" soal Fatin.
"A'ah" balasku.
Aku mencri maklumat di internet menggunakan komputer riba milik Senah. Sedang aku menggerakkan mouse untuk memilih dan tiba-tiba....
"Argh!" rungutku. Ada ke patut sekarang hendak mencari maklumat, sekaranglah komputer riba ini tertutup? Dengan sabar. aku membuka balik komputer riba ini. Senah pula hilang entah ke mana. Tadi dia ada berkata dia pergi ke dapur sebentar. Ah, malaslah hendak membuka satu per sat. Aku membuka laman history dan melihat laman-laman web yang telah dibuka sebelum ini. Ada sesuatu yang aneh.
'Blogger.... sign in...'
'.....Title: Aku Benci Betul....'
Aku membuka link tersebut. Alangkah terkejutnya aku apabila aku kini sedang membuka akaun Blogger kepunyaan rakanku dan dialah rupanya Mami Jarum yang suka mencaci orang di ruangan Blogger itu.
Aku menyuruh Fatin melengah-lengahkan Senah di dapur. Dia juga ada bertanya kenapa, tetapi aku hanya tersenyum. Aku tak mahu perkara ini kecoh.
Printscreen, save gambar, bluetooth ke telefon bimbitku dan... delete gambar itu. Mission accomplished!
"Dah siap ke Shaheen?" hampir terhenti jantungku apabila tiba-tiba Senah berada di hadapanku. Alhamdulillah, dan Astarghfirrullahalazim
**********************
"Nak bagitahu ke tidak... nak bagitahu ke tidak" aduh, dilemanya. Tiba-tiba aku berasa seperti tidak mahu mempunyai sebarang urusan pun dengan kes ini. Antara menyelamatkan kawan.... dan menyelamatkan keadaan.
Aku menghempaskan diriku ke katil. Aku mencapai MP3 ku, dan membuka lagu Lovely Intermission nyanyian Yuna sambil memikirkan hal ini. Mataku yang tadinya terbuka luas, kini semakin layu, dan akhirnya. aku tertidur.
******************
Pada petang ini jam 3.00, aku, Adilla dan Kucai akan berkumpul. Aku masih belum memberitahu mereka bahawa aku sudahpun tahu siapakah Mami Jarum tersebut.
Tamat sahaja sesi persekolahan, aku terus pulang ke rumah kerana pada hari itu tiada aktiviti kokurikulum dijalankan. Aku pergi ke sekolah pada jam 2.50petang. Sementara itu aku terserempak dengan Senah. Aku berasa seperti ingin menanyakan soalalan-soalan 'cepumas' yang agak tricky kepadanya. Tapi.... aduh kacau betullah junior aku seorang ini. Dia bertanyakan aku tentang persembahan-persembahan yang telah diatur.
Aku melihat jam, sudah pukul 3.01petang. Ah, tak boleh jadi ni. Kena lari ke bilik Puan Azlynn, ini. Lambat seminit pun tidak boleh jika berurusan dengan mereka ini, karang tidak pasal-pasal aku akan dipanggil sebagai typical Malay pula.
"Guys..." kataku sambil tercungap-cungap apabila sudah sampai di hadapan bilik Puan Azlyn.
'Mintak nyawaaa, mintak nyawa'
Aku duduk di kerusi dan nampanya mereka berdua sedang ternanti-nanti perihal yang tergantung sebenatar tadi.
"Aku sudah tahu siapa Mami Jarum yang sebenar"
"Siapa?" soal Kucai
"Senah"
"WHAT?!"
No comments:
Post a Comment